Lawatan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, Yang Hormat Dato’ Kamalul Ariffin Bin Haji Abdul Rahim pada 13 Mei,2002 lepas ke TABIKA KEMAS Polis Marin Bintawa, Kuching membuktikan keprihatinan beliau terhadap perkembangan projek pembangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berkaitan pendidikan prasekolah di Sarawak.
Kesanggupan beliau meninjau serta merasmikan tabika baru tersebut dilihat sebagai usaha serius pihak KEMAS dalam melaksanakan program serta prasarana pendidikan pra sekolah.
Atas dasar tersebut, sejumlah RM1.17 juta telah diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk membina bangunan baru TABIKA Kemas di seluruh Sarawak bagi menampung jumlah murid prasekolah untuk Rancangan Malaysia ke-8.
Menurut Ketua Pengarah KEMAS, daripada peruntukan tersebut sebanyak 18 buah bangunan baru tabika akan dibina melibatkan kos RM65,000 sebuah. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan bangunan baru TABIKA KEMAS Polis Marin Bintawa.
TABIKA dilihat sebagai peringkat pendidikan paling asas bagi kanak-kanak dan pengetahuan asas pembelajaran ditekankan di sini ang mempunyai kepentingan bagi masa depan mereka. Bangunan baru TABIKA KEMAS Polis Marin Bintawa sehingga kini mempunyai 78 murid dan 2 orang guru.
Ketua Pengarah KEMAS Malaysia,
Dato’ Kamalul Ariffin B. Haji Abdul Rahim
sedang bersalaman dengan masyarakat
Kanak-kanak merupakan aset penting negara
dan pendidikan awal penting bagi pembentukan mereka.
Kelihatan Pengerusi Tabika KEMAS, ASP Kamardin Hj.Yusuf sedang menepung tawar sambil disaksikan Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Kamalul Ariffin B. Haji Abdul Rahim dan Ketua Polis Marin, Taib bin Sabot.